Pada
suatu hari ketika Hana berada di Silo, Hana telah berdoa kepada Tuhan…….“Tuhan semesta alam jika sungguh-sungguh
engkau memperhatikan sengsara hambaMu ini
dan mengingatikan aku dan tidak melupakan hambaMu ini, tetapi memberikan
kepada hambaMu ini seorang anak laki-laki, maka aku akan memberikan dia kepada
Tuhan untuk seumur hidupnya dan pisau cukur tidak akan menyentuh kepalanya……”[1]
Imam Eli menjawab kepadanya ……’pergilah
dengan selamat, dan Allah Israel akan memberikan kepadamu apa yang kau minta
daripadaNya.’[2]
Tidak
lama kemudian Hana telah mengandung dan melahirkan anak laki-laki. Anak
tersebut diberi nama Samuel. Hana telah menunaikan janjinya pada Tuhan untuk
menyerahkan Samuel kepadaNya. Setelah Samuel tidak lagi menyusui ibunya, maka
Samuel telah dihantar ke rumah Tuhan dan menjadi pelayan Tuhan di bawah
pengawasan Imam Eli. Imam Eli telah memohon keberkatan dari Tuhan untuk
keluarga Elkana dan Hana. Hana telah mengandung lagi dan mendapat tiga anak
lelaki dan dua orang perempuan.
Imam
Eli telah menjaga dan mengajar Samuel menjadi anak yang baik serta mendengarkan
suara Tuhan. Samuel membesar dengan sifat yang mulia. Pada suatu hari Imam Eli
yang telah tua dan kabur matanya sedang berbaring di tempat tidurnya. …..’lampu rumah Allah belum lagi padam. Samuel
telah tidur di dalam bait suci Tuhan, tempat tabut Allah. Tuhan memanggil,
“Samuel! Samuel!”, dan ia menjawab “ya, bapa…..”[3]
lalu Samuel berlari kepada Imam Eli dan bertanya kalau Imam Eli telah
memanggilnya. Namun Iman Eli memberitahu kepadanya bahawa dia tidak memanggil
Samuel. Suara panggilan itu berulang sebanyak tiga kali. Melalui kejadi itu
imam Eli telah menyedari bahawa panggilan itu adalah dari suara Tuhan. Imam Eli
telah menasihati Samuel agar menjawab panggilan itu jika berlaku sekali lagi.
Samuel mendengar suara itu sekali lagi lalu Samuel menjawab…
’Berbicaralah sebab hambaMu ini mendengar’……..[4] lalu berfirmanlah Tuhan kepada Samuel. ‘Ketahuilah,Aku akan melakukan sesuatu di Israel, sehingga setiap orang yang mendengarnya akan bising kedua telingganya. Pada waktu itu Aku akan menepati kepada Eli segala yang telah Kufirmankan tentang keluarganya dari mula sampai akhir’…..[5]. Tuhan telah murkah dengan keluarga Imam Eli kerana kejahatan anak-anaknya iaitu Hofni dan Pinehas yang telah melakukan dosa besar dengan memandang rendah dan tidak menghormati upacara korban bakaran kepada Tuhan serta meniduri perempuan-perempuan yang melayani di depan pintu khemah pertemuan. Imam Eli telahpun mengetahui perbuatan anak-anaknya itu namun Iman Eli tidak mengambil tindakan untuk menghukum anak-anaknya. Tuhan mahu memberi pengajaran kepada perubatan Imam Eli tersebut.
Samuel
semakin membesar dan Tuhan sentiasa menyertai setiap gerak langkahnya.
Orang-orang Isreal telah meletakkan kepercayaan kepada Samuel dan mereka
percaya bahawa Samuel layak berada di Jabatan nabi Tuhan. Tuhan telah
memperlihatkan diriNya kepada Samuel di
Silo.
TABUT TUHAN DIRAMPAS
Orang-orang
Israel telah berperang dengan orang Palestin. Ketika pertempuran orang-orang
Israel telah kalah di tangan orang Palestin. Para tua-tua Israel merasa hairan akan kekalahan mereka di tangan
orang Palestin. Maka orang-orang Isreal memutuskan untuk mengambil Tabut
Perjanjian Tuhan yang terletak di Silo bagi melindungi bangsa mereka. Tabut
Perjanjian Tuhan semesta alam sedang
bersemayam di atas para Kerub; kedua-dua anak Imam Eli iaitu Hofni dan Pinehas
juga ada berdekatan dengan tabut tersebut. Tabut itu telah dibawa ke
perkhemahan. Setelah Tabut Perjanjian Tuhan itu tiba di perkhemahan maka
orang-orang
Israel bersorak dengan nyaring sehingga bumi bergegar…[6].
Orang-orang Palestin merasa ketakutan…..’Celakalah
kita! Siapakah yang menolong kita dari tangan Allah yang maha dahsyat ini?.....][7]. Namun
Tuhan sengaja memberikan kekuatan kepada orang-orang Palestin dan mengalahkan
orang-orang Israel bagi memberi pengajaran kepada orang-orang Israel yang
melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk di hadapan Tuhan. Kedua-dua anak Imam
Eli iatu Hofni dan Pinehas telah tewas dalam pertempuran itu. Tabut Perjanjian
Tuhan telah dirampas oleh orang-orang Palestin. Seorang pemuda dari medan
pertempuran yang terselamat telah membawa khabar kepada Imam Eli bahawa
anak-anaknya telah mati dan Tabut Perjanjian Tuhan juga telah dirampas. Ketika
itu umur Imam Eli telah menjangkau 98 tahun dan matanya juga telah kabur. Khabar
yang diterima oleh Imam Eli telah menyebabkannya rebah di pintu gerbang lalu
meninggal. Imam Eli menjadi hakim kepada orang
Israel selama 40 tahun.
TABUT TUHAN DI TANAH ORANG PALESTIN
Orang-orang
Palestin telah membawa Tabut Pertanjian Tuhan itu ke Asdod. Mereka membawa
tabut berkenaan ke dalam kuil Dagon.
Ketika orang-orang Asdod bangun pada keesokkan harinya mereka dapati bahawa patung
Dagon telah jatuh dengan mukanya ke tanah di hadapan Tabut Perjanjian Tuhan
itu. Mereka mangangkat Dagon dan meletakkannya di tempat asalnya. Pada
keesokkan harinya sekali lagi patung Dagon telah jatuh. Kepala Dagon terpenggal
dan kedua belah tangannya terpelanting di ambang pintu. Kejadian itu
menyebabkan para imam Dagon dan semua orang yang masuk ke dalam kuil Dagon
tidak lagi memijakkan kaki mereka di kawasan itu sehinggga ke hari ini.
……’Tangan Tuhan telah menekan
orang-orang Asdod dan membuatkan mereka bingung. Tuhan telah menimbulkan
borok-borok kepada orang-orang Asdod serta semua orang yang berdekatan dengan
daerah Asdod. Orang-orang yang ada di Asdod menyedari bahawa Tabut Perjanjian
Tuhan itu tidak boleh berada dengan mereka. …..’Tabut Allah Israel tidak boleh tinggal pada kita sebab tanganNya keras
melawan kita dan melawan Dagon allah kita….’[8]
Orang-orang Asdod telah memanggil Raja Palestin dan meminta untuk memindahkan Tabut Perjanjian Tuhan itu ke
tempat lain. …”Tabut Allah Israel harus
dipindahkan ke Gat,”…..[9]
Ketika Tabut Allah Israel itu berada di Gat, tangan Tuhan sekali lagi mendatangkan kegemparan yang amat besar ke atas kota itu. Tuhan telah menimbulkan borok-borok kepada anak-anak dan orang dewasa di kota tersebut. Maka orang-orang Gat telah memindahkan Tabut Allah Israel itu ke Ekron. Orang-orang yang tinggal di daerah Ekron pula merasa ketakutan. Mereka takut menerima nasib yang sama dengan orang-orang di Asdod dan Gat. Maka mereka telah memanggil Raja Palestin dan meminta agar Tabut Perjanjian Tuhan itu dikembalikan ke tempat asalnya iaitu kepada orang Israel……..’Antarkanlah Tabut Allah Israel itu kembali ke tempatnya supaya jangan dimatikannya kita dan bangsa kita. Sebab di seluruh kota itu ada kegemparan maut…..’[10]
TABUT DIKEMBALIKAN KEPADA ORANG ISRAEL
Setelah
7 bulan lamanya tabut Tuhan itu berada di tanah Palestin, maka orang Palestin
telah memanggil para Imam dan para ‘’petenung’ untuk meminta nasihat
bagaimanakah cara mengembalikan Tabut
Tuhan itu ke kepada orang Israel. Para imam dan para petenung telah
menasihatkan mereka agar mengembalikan Tabut Tuhan itu dengan penuh penghormatan
agar mereka sembuh dan tiada kesusahan yang menimpa. Menurut jumlah raja-raja
kota orang Palestin, lima borok emas dan lima tikus emas yang dimasukkan ke
dalam peti dan disertakan dengan Tabut Tuhan itu hendaklah dihantar dengan
kereta lembu yang baru. Mereka harus membiarkan kereta lembu itu berjalan
sendirinya ke daerah Bet-Semes. Ketika pemergian Tabut Tuhan berkenaan mereka
harus memerhatikan bahawa jika ianya melalui jalan ke Bet-Semes maka mereka
akan ketahui bahawa memang Tabut Allah Israellah yang telah mendatangkan
kemusnahan di kota mereka. Tetapi jika Tabut Allah Israel itu menyimpang ke
jalan lain maka, malapetaka yang menimpa mereka adalah kebetulan sahaja.
Kereta
lembu itu berjalan terus memasuki daerah Bet-Semes tanpa menyimpang ke kiri
atau ke kanan, sementara raja-raja Palestin berjalan di belakang kereta lembu
berkenaan memasuki kota Bet-Semes.
Orang-orang yang sedang menuai gandum di daerah Bet-Semes bersorak kegembiraan melihat
Tabut Tuhan telah kembali dan mengadakan korban bakaran kepada Tuhan sebagai
tanda kesyukuran. Orang-orang Israel dari suku Lewi telah menurunkan Tabut
Tuhan itu dan meletakkannya di atas batu di ladang Yosua lalu mereka
mempersembahkan korban bakaran dan korban sembelihan kepada Tuhan. Sekali lagi
Tabut Tuhan itu telah dipindahkan ke dalam rumah Abinadab yang terletak di atas
bukit. Eleazar anak kepada Abinadab telah mereka kuduskan untuk menjaga Tabut TUHAN itu.
ORANG PALESTIN TERPUKUL KALAH DEKAT MIZPA
Setelah 20 tahun lamanya Tabut Tuhan
itu berada di tanah orang Israel, maka mulalah orang-orang Israel mengeluh akan
kehidupan mereka dan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Tuhan.
Maka Semuel berkata kepada mereka. …..’Jika
kamu berbalik kepada Tuhan dengan segenap hati, maka jauhkanlah para allah
asing dan para Asytoret di tengah-tengahmu dan tujukan hatimu kepada Tuhan dan
beribadahlah kepadaNya, maka Ia akan melepaskan kamu dari tangan Palestin,”…….[11].
Kemudian orang-orang Israel menjauhkan para Baal dan para Asytoret. Mereka
hanya beribadah kepada Tuhan. Samuel telah berdoa kepada Tuhan untuk
orang-orang Israel. Mereka juga telah berpuasa dan mengadakan korban bakaran.
Mereka menyeru kepada Tuhan untuk menjaga mereka daripada serangan Palestin.
Tuhan telah mendengar seru Samuel dan Ia mendatangkan guntur yang hebat kepada orang
Palestin dan mengacukan mereka sehingga mereka terpukul kalah oleh orang
Israel.
Samuel
telah mengadakan mercu tanda kemenangan itu dengan mendirikan batu di antara
Mezpa dan Yesana. Samuel menamakan mercu tanda itu sebagai Eben-Haezer. Semasa
zaman pemerintahan Samuel, Israel tidak pernah dikalahkan oleh Palestin malah
kaum Israel berjaya mendapatkan semula tanah-tanah mereka yang telah dirampas
seperti Ekron dan Gat. Samuel juga berjaya
mengakhiri persengketaan antara Israel dengan orang Amori.
SAMUEL SEBAGAI HAKIM
Samuel
memerintah sebagai hakim atas orang Israel seumur hidupnya. Samuel juga telah
mendirikan Mezba bagi Tuhan. Setelah Samuel menjadi tua, maka diangkatkannya
anaknya Yoel untuk menjadi hakim kepada orang-orang Israel. Anak lelakinya yang
kedua iaitu Abia, menjadi hakim di Bersyeba.